Persahabatan Itu Satu Memori Yang Indah
Ahad, 5 Mei 20134:59 PG • 0 comments
Hadis riwayat Al Hakim juga ada menyatakan bahawa
" Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang baik terhadap temannya dan sebaik baik jirannya disisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya"
Menurut Imam Al Ghazali
" Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih daripada kamu mengasihi diri sendiri"
Hari ni tanggal 5 Mei 2013 ada 2 kejadian pd tarikh ni
1) PRU 13
2) Reunion aku bersama Aimi Bazilah dan Khayatun Nasuha ( SKSL 2002 skung thun 2013 )
* nampak x lama bru kami jumpa balik
Alhamdulillah Ya Allah aku dikurniakan sahabat seperti mereka. Actually aku mula kenal Aimi n Khayatun ni masa kat KAFA ( Kelas Agama Fardhu Ain ) di surau Sungai Lalang...kalau tak silap
masa area darjah 3/4 cm tu lah bru aku start kenal mereka berdua ni.
Oh ya..
Actually aku kelas lain...Aimi kelas lain,.dan Khayatun baru je pindah mase tu. So Khayatun sama kelas dengan Aimi masa sekolah rendah. So Allah menemukan kami dekat KAFA tu lah. Dari situ aku mula kenal Aimi Bazilah dan Khayatun Nasuha ni.
Perkara yang paling aku engat pasal kami ialah setiap ade beberapa kali kami share makanan sekali. Dalam sati bekas. Org tu bawak lauk ini...dia bawak lauk itu...dan aku bawak lauk lain. Tapi kami kongsi sama-sama. Pergi KAFA mesti kami duduk sekali.
Tapi Allah takdirkan persahabatan kami sampai Hujung Tahun 2003 dimana aku kena pindah ke Negeri Sembilan disebabkan tugas ayah sebagai perwira...a.k.a Askar le...Lumrah anak askar hidup pindah randah. Kenangan aku dengan Aimi n Khayatun sangat la aku ingat. Hari last aku dekat Taman Sungai Lalang tu Aimi n Khayatun datang jumpa kami.. Siap main zero point lagi. Sangat kelaka zaman tu.
Sampailah aku berpindah ke Negeri sembilan...Khayatun dan Aimi ada hantar surat menghantar khabar berita daripada Sungai Lalang...
( Zaman kami dulu x canggih so x de henphone2 ni....Facebook apatah lagi...)
Selepas semua menuju ke alam Sekolah Menengah masing2 fokus pada hala tuju...so contact tu jarang la sangat. Sehingga lah abis SPM 2009. Masa tu aku baru jumpa balik kawan2 sekolah lama aku...
Thanks To Facebook.
Alhamdulillah
Tahun 2012/2013
Allah menemukan kembali Aimi dan Khayatun kepada aku.
TERIMA KASIH YA ALLAH.
Thanks to
* AIMI BAZILAH- Drive kereta jauh2
* Khayatun Nasuha - Peneman setia
InsyaAllah nnt da kerja kita reunion lagi sekali k.
Kepada mu teman Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan Pengertian
Telah Ku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya kejujuran kita
(Bait2 lagu Teman Sejati - Brothers)
0 Comment(s)
|
|