Cinta Kekasih
Isnin, 29 April 20131:49 PG • 0 comments
Dengan lafaz dan kalimah di atas saya mulakan penulisan.
Sebelum jum kita mengucap 2 kalimah syahadah k...
Alhamdulillah pada 29 April 2013 saya ada idea penulisan berkaitan dengan Rasulullah s.a.w.
Berdasarkan ceramah yang aku dengar Rasulullah sahaja yang boleh memberi syafaat kepada umatnya.
Rasulullah banyak bekorban untuk kita iaitu Umatnya...Setiap kali dia beribadat dia akan doakan umatnya.
Rasulullah sanggup menunggu umatnya di hadapan pintu syurga.
Betapa AGUNGNYA cinta RASULULAH terhadap kita iaitu UMATNYA
Sedih dan sayu bila aku dengar ceramah ni.
Itulah insan Istimewa yang selayaknya menjadi kekasih ALLAH.
Satu kisah:
Rasulullah selalu pergi ke rumah seorang waita yahudi tua yang buta. Setiap hari baginda ke sana. Sehingga baginda wafat. Kemudian Saidina Abu Bakar pergi ke rumah wanita yahudi tua lagi buta itu. Beliau menyuapkan makanan kepada wanita tua itu. Kemudian beliau mendengar wanita tua dan buta itu menghina Rasulullah. Saidina Abu Bakar mendiamkan diri namun wanita tua itu terus memaki Rasulullah. Kemudian beliau menyuapkan makanan kepada wanita tua dan buta itu.
Wanita tua n buta itu makan. Kemudian wanita tua itu berkata kamu bukan org yg selalu bagi saya makan. Cara dia suap makanan sgt lembut. Kamu orang lain. Bukan org itu. Kemudian Saidina Abu Bakar berkata Makcik org yang selalu menyuapkan makcik makanan sudah tidak ada lagi di dunia ini. Beliau telah meninggal dunia. Mak cik kenal org itu ??
Kemudian Saidina Abu Bakar berkata kepada wanita tua dan buta itu. Mak cik itu lah insan yang mak cik maki hamun itu tadi. Itu lah Nabi Muhammad S.A.W. insan yang mak cik kutuk tadi. Menitis air mata Saidina Abu Bakar tatkala memikirkan keadaan Rasulullah yang mana hari2 Baginda menyuapkan makanan kepada wanita tua itu. MULAINYA diriMU Ya RASULULLAH.
Rasulullah sayang kita sebagai umatnya lebih daripada kita sayang diri kita sendiri. MasyaAllah. Rasulullah sebut nama kita di akhir hayatnya.
Peristiwa Wafatnya Rasulullah :
Allah mengarahkan malaikat Maut untuk mengambil nyawa baginda. Wahai malaikat maut pergi ke rumah Muhammad. Cabut nyawa Muhammad jika dia izinkan kamu cabut nyawanya.
Turun Malaikat ke rumah baginda lalu malaikat memberi salam :
Kali Pertama:
Malaikat Izrail : Assalamualaikum, boleh saya jumpa Rasulullah?
Fatimah : Waalaikumsalam, Rasulullah sedang gering. Minta maaf. (kemudian fatimah menutup pintu semula)
Kali Kedua:
Malaikat Izrail : Assalamualaikum
Fatimah : Waalaikumsalam, saya sudah beritahu bahawa Rasulullah sedang gering. Minta maaf. (kemudian fatimah menutup pintu semula)
Kali Ketiga:
Malaikat Izrail : Assalamualaikum
Fatimah : Waalaikumsalam, tuan Rasulullah sedang gering. Baliklah Kamu.
Rasulullah : Siapa itu Fatimah??
Fatimah: Saya tidak tahu Rasulullah. Saya tidak pernah melihat wajah org itu. Sangat menakutkan.
Rasulullah : Kamu tidak kenal Fatimah?? Itulah Mahkluk Allah yang meramaikan tanah kubur dan mengurangkan bilangan di dunia. Itulah Malaikat Maut Wahai Fatimah. Jemput dia masuk.
Fatimah pengsan setelah mendengar kedatangan Malaikat Maut. Baginya Rasulullah akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.
Malaikat Izrail : Wahai Muhammad Allah utuskan aku untuk mencabut nyawa kamu. Itu pun jika kamu izinkan.
Rasulullah : Wahai Malaikat Izrail, aku izinkan kamu mencabut nyawa aku tetapi dengan satu syarat. Aku mahu bertemu dengan kekasihku Jibril.
Malaikat Jibril pun turun bertemu Rasulullah:
Rasulullah: Wahai jibril apakah yang Allah telah sediakan untuk aku jika aku mati hari ini ??
Malaikat Jibril : Muhammad, Pintu langit terbuka untuk kamu. Pintu Syurga terbuka untuk kamu. Berbaris para nabi dan rasul menunggu kamu, berbaris malaikat dan bidadari menunggu kamu wahai Muhammad.
Rasulullah: Bukan itu yang aku maksudkan wahai Jibril. Aku nak tahu apa yang Allah akan beri pada Umat aku jika aku mati sekarang.
Malaikat Jibril : Muhammad Allah sayang kamu...dan Allah sayang Umat kamu. Umat kamu yang paling awal dihisab ketika di padang masyar.Umat kamu yang paling awal dimasukkan ke syurga.
Rasulullah : (Tersenyum) gembira. Wahai Malaikat Maut kamu cabutlah nyawa aku.
Malaikat jibril : Wahai malaikat maut kamu kenal orang yang kamu nak ambil nyawa hari ini??
Malaikat izrail : Aku kenal. Ini Muhammad Kekasih Allah.
Malaikat Jibril : Jika begitu kamu cabut nyawa dia sehabis - habis perlahan.
Malaikat Izrail : Wahai Jibril tidak ada org lain selain Muhammad kekasih Allah yang aku cabut nyawa seperlahan ini.
Tibalah masa sakaratul maut Baginda Rasulullah. Baginda mencelupkan tangan ke dalam bekas berisi air bagi mengurangkan rasa sakit di muka baginda. Baginda berdoa kepada Allah supaya meringankan kesakitan maut. Rasulullah berkata sakitnya mati.
Malaikat Jibril Tidak sanggup melihat kesakitan Rasulullah mengadapi sakaratulmaut.
Rasulullah : Beginikah sakinya sakaratul maut Wahai Jibril??
Malaikat Jibril : Umat kamu lebih sakit wahai Muhammad.
Rasulullah: Wahai jibril sementara aku boleh berkata-kata ini kamu minta pada Allah supaya biarkan aku tanggung kesakitan sakaratulmaut ini seluruh Umat aku. Biar umat aku mati tidak sakit. Biar aku tanggung seorang wahai jibril. Tolong minta pada Allah .
Malaikat Jibril : Tidak Muhammad. Amalan mereka yang menentukan.
Di Akhir Hayat Baginda 5 perkara baginda sebut
1. Jaga Solat
2. Jaga wanita
3. Umatku
4. Umatku
5. Umatku
Betapa agungnya cinta Mu YA RASULULLAH.
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. "
Alangkah indahnya hidup ini Ya Rasulullah andai dapat ku tatap wajahMu
Ya Rasulullah syafaatkan daku Ya Rasulullah.
Tiada cinta lebih agung daripada cinta ALLAH dan Rasulullah
SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUP DAN MATIKU HANYA UNTUK ALLAH
Allah hu A'lam
Sekadar berkongsi ilmu.
InsyaAllah sama2 kita menghayati cinta Rasulullah terhadap Umatnya
0 Comment(s)
|
|