Pesona Zulaikha...Oshem
Ahad, 17 Februari 20138:24 PTG • 0 comments
Lirik Lagu Pesona Zulaikha..:
Indah wajahnya gamit pesona
Pedih jemari terluka tidak terasa
Anggun tingkahnya runtun jiwamu
Adakah malaikat menjelma manusia.
Saat kau turutkan perintah nafsumu
Enggan dia tunduk pada godaanmu
Dihasut amarah kau lontarkan fitnah
Terpenjara Yusof pertahan imannya
Begitu cinta si Zulaikha
Tega mendamba kekasihnya
Hingga tenggelam dalam amukan rindunya
Namun tika datang cahaya dari Cinta segala Cinta
Seluruh jiwaku kini hanyalah khaliqnya
Berganti rayu pada yang Satu
Basah bibirmu meratib Asma' yang ESA
Hati yang tulus rindu yang Qudus
Inilah cinta yang sebenarnya cinta
Dalam kehilangan kau temui iman
Tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
Hanya pengabdian bukti kesyukuran
Oh Zulaikha engkau alihkan cinta
Dari cinta hamba ke Penciptanya
Rindumu bukan pemusnah diri tapi penemu Cinta hakiki
Oh Zulaikha, kisahmu mempersona
Kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya.
Abis lirik lagu PEsona Zulaikha...dlm blog ni ade lagu dia...sgt best ayat dia...
so aku nak share sumthing ngan korang..cita sal dia...
Actually...Zulaikha ni isteri kepada menteri Al Aziz..Dia menaruh perasaan kepada nabi Yusof yang kerana ketampanannya. Jarak usia mereka agak jauh berbeza tapi dia yakin dia masih cantik. Kerana perasaan cinta yang membuak-buak terhadap baginda...dia sanggup menawarkan dirinya kepada Nabi Yusof...tapi kerana kekuatan Iman Nabi Yusof baginda menolak dan akhirnya Baginda dipenjarakan tinggallah Zulaikha memendam rasa...
Panjang sgt aku nak cerita...so goggle kisah Cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusof
-ADIOS-
0 Comment(s)
|
|