Pentingnya Ilmu
Rabu, 20 Jun 201212:35 PG • 0 comments
perkara pertama selepas bayi dilahirkan ialah ingin memahami apa yang ada disekelilingnya.
Ingin memahami itulah yang dinamakan ilmu.Jika ilmunya ke arah kebaikan, maka kehidupan yang baik juga akan dinikmati oleh bayi itu. Begitulah jika sebaliknya
oleh itu tidak salah sama sekali jika diwajibkan setiap individu yang bergelar Muslim untuk menuntut ilmu dalam apa jua keadaan sekalipun. Ilmu ini berguna supaya kita akan berada dalam landasan yang betul seperti yang telah Allah tetapkan melalui panduan Al Quran.
Hadis riwayat Ibn Majah dan Abu Ya'la daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Menuntut ilmu adalah wajib ke atas SETIAP MUSLIM "
bila ada ilmu barulah datangnya pengetahuan untuk melakukan amal ibadah dan lain-lain. Mana ada orang yang dapat beribadah kalau dia tidak mempelajari cara yang betul dalam melakukan amal ibadah tu???
Riwayat Al Hakim- Daripada Sa'ad bin Abu Waqas r.a. Nabi s.a.w. bersabda : "kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada kelebihan ibadat .Kebaikan dalam agama kamu ialah warak"
InsyaAllah
Ikhlas membaca, ikhlas memahami,dan ikhlas menyampaikan.
Kita akan dapat menikmati kemanisan ilmu
0 Comment(s)
|
|