Bila Umurku Bertambah SubahanAllah
Rabu, 15 Februari 20123:59 PG • 0 comments Assalamualaikum Manusia akan mengalami satu perkara dalam hidup masing-masing.. iaitu pertambahan umur. Ini adalah satu indikator jelas yang dapat kita lihat setiap saat masa itu berjalan dan sentiasa berjalan. Kadang-kadang kita pon tak sedar... semakin kita melangkah.....semakin berjalan masa tersebut. "Demi masa sesungguhnya manusia itu kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh" Jadi hargailah masa. Tanggal 16 Februari 2012..genaplah umurku 20 tahun 19 tahun Allah S.W.T bagi aku nikmat menghirup udara ciptaanNya. Masih adakah lagi waktu untuk aku terus menghirup udara milikNya lagi??? Sesungguhnya Allah MAHA mengetahui Ya Allah : Aku masih mencari keredhaanMu Ampunkan segala dosaku Terima Kasih atas nikmat iman dan islam Ya Rasulullah: Aku bersyukur menjadi Umatmu Syafaatkan daku Aku juga rindu padamu Sunahmu akan ku ikuti Selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w Mak,Mak,Mak: Terima Kasih MAK atas segalanya !!! Along Sayang mak Esok besday Mak pulak 17 Feb Ampunkan salah silap along mak Doakan kejayaan Along (Anak yang baik adalah anak yang mendengar kata)-Baik mak Ayah: Terima Kasih Ayah Ampunkan dosa Along Ayah adalah contoh yang terbaik Tiada pengantimu ayah Cikgu Tadika/Guru-Guru/Pensyarah: Terima kasih atas segala ilmu yang diberikan Doakan kejayaan saya Ampunkan salah silap saya.Sesungguhnya saya adalah manusia yang sering alpa Tanpamu Siapalah aku Tanpamu Jahil lah aku Kawan-kawan SKSL99-2002/SKN03-04/SMAP LABU 05-09/KSKB 2010-2012: Tq sebab jadi colour dlm hidup aku Ampunkan salah silap aku Aku doakan korang semua berbahagia sampai bila-bila ~TQ SO MUCH~ Allahu akhbar Ya Allah ampunkan segala dosaku sepanjang usiaku 19 tahun ini Sesungguhnya Hanya Engkau MAHA penyayang dan pengampun. Ya Allah sesungguhnya genap usiaku 20 tahun ini aku bertekad dan berazam untuk Mencintai Mu dan junjungan Rasulullah lebih dari nyawa aku sendiri dan lebih dari aku menyayangi keluargaku dan lebih dari aku mengasihi sekian makhluk. Aku ingin belajar mencintaiMu Ya Allah dan junjungan besar Rasulullah kekasihmu Terima kasih kepada mak dan ayah yang banyak membantu saya love u so much...tapi tak boleh lebih dari cinta saya Pada Allah dan Rasulullah... Then kepada Semua Family terutama arwah atuk saya,arwah nenek saya, tok wan dabn tok jah saya... I love u all so much... ERUM.. Kat sini ade gambar sy masa kecik dengan adik sy Husna.. mase ni saya kecik lagi..dlm 4 thun or 5 thun gitu..erum...sekarang da besar dah kan...Astaghfirullah hal azim...cepatnya masa berlalu. Okeh la...di kesempatan ini saya dengan rasa rendah diri : * Ingin memohon kemaafan kepada anda sekiranya sepanjang perkenalan saya dengan anda ada salah silap...tutur kata...terguris hati dan perasaan. * Halalkan segala - galanya * Segala salah silap anda pada saya telahpun saya maafkan kerana saya adalah insan yang tidak sempurna dan hanya Allah Maha Mengetahui Jazilah : Semoga dengan bertambahnya umur akan bertambah amalan kebajikan ~Amin~ 0 Comment(s)
|
|