Pengorbanan
Ahad, 23 Oktober 201112:41 PG • 0 comments kisah ini sy nak kongsikan dengan korang tentang pengorbanan seorang lelaki dan wanita setelah mereka ditakdirkan Allah untuk bersama. Perkahwinan mereka adalah secara pilihan kedua orang tua....Hawa merupakan seorang anak yang taat kepada orang tuanya.....walaupun hatinya sudah terpikat pada insan yang pernah singgah dihatinya sejak dibangku sekolah rendah lagi. Hazim itulah orangnya....Hawa menyayanginya atas dasar dia mampu membimbing Hawa ke jalan yg lebih baik....bukan hanya tertawan dengan ketampanan Hazim semata mata.....Agama merupakan titik ukuran bagi Hawa.. Hawa tidak pernah berhenti mencintai lelaki itu...kerana itulah cinta pertamanya...walaupun dia tahu yang Hazim tidak pernah sekali kali menghiraukannya....Selepas sekolah menengah,matriks,dan ke alam universiti...dan kini Hawa memiliki segulung Ijazah Kedoktoran di sebuah universiti terkemukan di Malaysia....Perkembangan Hazim sentiasa diikutinya terutama di laman Facebook....namun ianya sia-sia kerana Hazim bukanlah jodoh Hawa... Sampailah satu hari Hawa di pinang oleh keluarga Adam Khairi....Satu nama insan yang tidak pernah dikenali identiti seperti mana dia mengenali Hazim. Yang dia tahu Adam Khairi merupakan seorang engineer..Namun atas perbincangan keluarga....Hawa kini sudah pun menjadi tunang Adam Khairi....Untuk mendapatkan keputusan yang paling tepat Hawa menunaikan solat istikharah ternyata dia mendapat petunjuk sebelum hari pernikahannya...Hawa perlu lupakan Hazim....kerana Hawa tahu Adam Khairi adalah pilihan terbaik keluarga.Namun cinta pertama susah untuk dilupakan.Hazim tetap di hatinya. Selepas di ijabkabulkan sebagai sepasang suami isteri.....pada malam pertama , Hawa menetapkan satu syarat kepada Adam Khairi. "Adam.....sebelum adam sentuh sy...Saya nak mohon satu permintaan" kata Hawa "oke apa dia??" selamba Adam jawab " Salin satu Al-Quraan dan terjemahan sebagai hadiah perkahwinan kita...kemudian Hawa milik Adam" Hawa berkata "Kalu itu yang Hawa nak Adam turutkan" Malam itu Adam bersungguh-sungguh menyalin Al-Quraan beserta terjemahan.Setiap malam selepas solat isyak di surau Adam akan duduk di mejanya untuk menyalin Ayat Allah itu. Hawa hanya memerhatikan reaksi Adam sehari demi sehari....tanpa Adam sedari....setiap malam semasa ketiadaannya di rumah, Hawa meneliti hasil tulisan tangan suaminya itu. Hari berganti hari, pada satu malam Hawa menyedari bahawa Adam hampir siap menyalin senaskah Al-Quraan beserta terjemahan selepas 4 bulan pernikahan mereka. Itu maknanya janji Adam akan ditunaikannya.Tapi Hawa masih lagi tidak dapat melupakan Hazim…Banyak kali Hawa cuba….dia solat taubat setiap malam memohon keampunan kepada Allah kerana tidak mampu untuk melupakan Hazim.Setiap malam Hawa menangis dalam solat bila mengenangkan hal ini apatah lagi janjinya kepada Adam. Keesokan harinya, Hawa mengambil keputusan untuk menulis nota kepada suaminya.. Adam Khairi, Bila abang baca nota nih Hawa sudah pun pergi ke suatu tempat. Hawa minta maaf sebab keluar rumah tanpa izin abang …tapi bila tiba masanya Hawa akan call abang. Hawa harap abang dapat terima keputusan Hawa….Terima Kasih Yang Benar, HAWA Terkedu Adam membaca nota di atas meja itu, puas Adam memikirkan tentang Hawa, Adakah dia mempunyai masalah keluarga? Jika betul mengapa aku sendiri tidak tahu?? getus hati Adam. Namun dia tetap berfikiran positif terhadap isterinya Hawa. Selepas mandi Adam berehat di atas katil dan tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang terkeluar dari laci meja isterinya. Dia terus menuju ke arah laci tersebut dan terus membukanya. Rupa-rupanya itu diari Hawa….namun Adam tekad untuk membuka diari milik Hawa kerana dia ingin mengetahui apa sebenarnya masalah Hawa. Di bukanya diari tersebut……. “ Hazim adalah satu- satunya lelaki yang aku cintai….Aku amat mencintainya “ “ Hazim adalah lelaki terbaik untuk aku” Kelihatan ada beberapa keping gambar terselit di beberapa helai muka surat dalam diari itu.Adam berasa amat terkejut.ternyata lelaki itu adalah lelaki yang amat dicintai Hawa.Adam berasa amat bersalah terhadap Hawa.Mungkin itu sebabnya dia melarikan diri. Adam terduduk sambil menangis.Dia telah memaksa wanita yang dicintai untuk meneruskan hidup bersamanya dalam keadaan tidak rela.Terus dia mengambil wudhu dan menunaikan solat isyak dalam keadaan sedih. Air mata berlinangan saat Adam berdoa menadah tangan memohon kepada tuhan kekuatan untuk berhadapan dugaan ini. “ Ya Allah, zalimnya aku Ya Allah kerana memaksa wanita yang aku kasihi untuk mencintai aku, ampunkan dosaku Ya Allah”…itulah antara lafaz yang terkandung dalam doa Adam Khairi. Kini setelah seminggu Adam Khairi menjalani kehidupan di rumah banglo itu tanpa kehadiran isteri tercinta.Namun digagahkan jua kehidupannya.Kalu nak ikutkan hati siapa yang sanggup untuk hidup tanpa kehadiran insan tersayang. Tiba-tiba lamunan Adam Khairi terhenti disebabkan bunyi deringan handphone di atas meja.Lantas Adam mencapai dan tertera nama Hawa.Dengan rasa gembira Adam mengangkat panggilan tersebut. “Assalamualaikum…..Abang….Sehat?” soal Hawa dalam nada suara biasa “Waalaikumsalam, Alhamdulillah abang sehat. Hawa dekat mana?? Risau la abang” Adam mrnjawab ringkas “Abang, boleh tak abang datang dekat ILHAM RESORT di Port Dickson?? Hawa ada dekat sana” pinta Hawa “Owh,erm…….lepas zohor nanti abang bertolak ke sana untuk ambil Hawa ” pantas Adam menjawab. “Baiklah, Hawa tunggu abang sebab ad perkara penting yang Hawa nak bincang dengan Abang.Tak boleh cakap guna phone” pantas Hawa berkata “Ok nt kita jumpa dekat sana.Hawa jaga diri baik-baik.Ok lah Assalamualaikum” kata Adam “Waalaikumsalam,abang bawak kereta elok-elok” balas Hawa. Handphone dimatikan.Sebenarnya dalam fikiran Adam masih lagi tertanya-tanya apakah yang ingin dibaincangkan Hawa.Sebelum ini mereka tidak pernah bergaduh.Di percepatkan langkah untuk menunaikan solat zohor.Selesai menunaikan solat Zohor, Adam menadah tangan berdoa memohon keampunan kepada Allah. Setelah 2 jam perjalanan, kini Adam Khairi telah tiba di lobi ILHAM RESORT. Kemudian dia melabuhkan punggung di sebuah kerusi yang terletak di bahagian penjuru behampiran dengan lift. Tangannya laju mencapai handphone di dalam poket seluarnya dan terus mendail nombor isterinya. “Assalamualaikum, Abang dah sampai ni, Hawa dekat mana??” soal Adam “Waalaikumsalam,Hawa ada dekat kafe.Abang jalan terus je dari lobi tu, kemudian belok kiri” kata Hawa “Owh ok” Talian dimatikan.Adam meneruskan perjalanan ke kafe, tiba-tiba dia terlihat Hawa.Pantas kaki melangkah bila terlihat insan yang disayanginya.Perasaannya teruja bila mengenangkan janjinya pada Hawa.Kini senaskah Al- Quraan beserta terjemahan akan diserahkan kepada isterinya. Namun ada sesuatu yang membuatkan langkah Adam Khairi menjadi perlahan.Mana tidaknya, di sebelah Hawa adalah lelaki yang pernah dia lihat didalam diari tempoh hari. Hatinya rasa tidak keruan bila melihat mereka namun ditreruskan juga langkah kakinya.Akhirnya Adam tiba di meja dimana Hawa dan lelaki itu duduk.Lantas Hawa bangun mencium tangan suaminya sebagai tanda hormat. “Assalamualaikum,saya Adam dah lama ke tunggu saya?” soal Adam sambil menghulurkan tangan kepada lelaki itu. “Waalaikumsalam, saya Hazim , tidak mengapa kami baru sahaja menunggu disini ” jawab Hazim tersenyum bila berjabat tangan dengan Adam. Setelah bersalaman dan berkenalan, mereka duduk. Kelihatan ad sesuatu perkara serius yang ingin dibincangkan oleh Hawa, kerana dari tadi Adam lihat Hawa begitu resah. Mereka semua diam membisu antara satu sama lain. Tiba-tiba Adam memulakan bicara “Hawa,cakaplah……apa perkara penting yang Hawa nak bincangkan dengan abang??” “Abang dengar dulu penjelasan Hawa” balas Hawa Degupan jantung Adam semakin kencang bila hatinya kuat mengatakan Hawa ingin meminta cerai.Kalau di ikutkan hati nak saja Adam menumbuk muka lelaki dihadapannya.Namun dia tetap bersabar kerana Hawa belum lagi menceritakan perkara yang sebenarnya. “ Abang, sebenarnya Hazim nih adalah orang yang paling Hawa sayang. Dia cinta Hawa yang pertama dan sampai la seminggu yang lalu….” Tanpa sempat Hawa meneruskan kata- kata tiba-tiba Adam mencelah “ Taka pa Hawa, abang paham. Abang dah tahu semuanya, Abang datang sini pun sebab abang nak tunaikan janji abang pada Hawa.Abang dah pun siap salin Al-quraan beserta terjemahan untuk Hawa.Abang rasa abang tak layak untuk Hawa.Hazim lebih berhak untuk membahagiakan Hawa.Abang akan hadiahkan Al-Quraan ini untuk perkahwinan kamu berdua.” Adam menuturkan pelahan sambil menahan hatinya yang sedih. Muka Hawa tiba-tiba berubah…Hazim Nampak terkejut. “Encik Adam…..saya rasa awak salah paham la….sebenarnya…” Hazim mencelah.Tanpa sempat Hazim menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Hawa berkata. “Sebenarnya….Hawa minta abang datang sini untuk Hawa kenalkan cinta pertama Hawa pada abang….Cinta pertama Hawa dari sekolah rendah dulu sampailah seminggu lalu…Abang nak tahu tak kenapa Hawa minta abang salin Al –Quraan beserta terjemahan dan juga kehilangan Hawa selama 1 minggu???”soal Hawa. “Kenapa” balas Adam dengan nada yang sederhana sambil tunduk. “Sebab Hawa ambil tempoh masa 4 bulan abang salin Al-quraan itu untuk Hawa lupakan Hazim yang telah sekian lama di hati Hawa sejak dibangku sekolah rendah lagi dan tempoh seminggu kehilangan Hawa adalah untuk memupuk rasa cinta kepada insan yang bergelar suami Hawa sekarang.” Laju Hawa menuturkan kata-kata Adam Khairi kembali tersenyum bila mendengar kata-kata Hawa “Betul ke??” soal Adam dengan tenang.Kini dia lebih yakin “Ternyata bila seminggu Hawa duduk berjauhan dengan Abang ….baru Hawa sedar yang Hawa sangat rindukan Abang. Tempoh masa 7 hari adalah tempoh yang singkat untuk Hawa jatuh hati pada insan yang tersayang. Kini Abang adalah segala-galanya “ Kata Hawa. Kini baru Hazim sedar betapa besarnya cinta Hawa dulu padanya.Namun dia telah terlambat untuk memiliki Hawa kerana Hawa telahpun menjadi milik orang lain.Dia berdoa supaya mereka sentiasa bebahagia sepanjang masa.Hazim tahu Adam adalah lelaki yang sesuai untuk Hawa kerana dia yakin Adam mampu menjaga Hawa dengan sebaiknya.Kemudian dia meminta izin untuk beredar dari situ. Selepas Hazim melangkah pergi, dengan pantasnya Adam berdiri sambil menyambut tangan Hawa.sebaik sahaja Hawa berdiri, lantas dia terus memeluk erat isterinya.Tiada ucapan lain selain ucapan terima kasih kerana berterus terang dengannya. Adam juga tidak sangka perkara ini terjadi. Namun jika sebaliknya Adam rela bekorban untuk melepaskan insan yang dicintainya untuk bersama orang lain.Baginya kebahagiaan Hawa adalah segala-galanya.Ternyata kebahgiaan Hawa adalah bersamanya. Adam lantas mencapai Al-quraan yang disalinnya untuk diserahkan kepada Hawa seperti yang dijanjikannya. “Hawa, abang dah tunaikan janji Abang….” Kata Adam Hawa tersenyum melihat gelagat suaminya Adam.Ternyata kebahgaain Hawa adalah bersama dengan Adam Khairi 0 Comment(s)
|
|