A story
KIsah Siti
Selasa, 20 September 201112:19 PG • 1 comments

Ini ikhlas untuk jiwa yang kecewa kerana cinta.
Mungkin perlu membuka cerita.
Kisah seorang manusia yang bernama Siti

Suatu masa dulu.
Siti pernah rasa tersiksa.
Sebabnya?
Dia telah jatuh hati pada seseorang.
Adalah dalam 3 tahun.
Itu adalah cinta pertamanya


Tapi, sekarang.

Siti tak tahu ke mana perasaan itu hilang?

Betul ke ni?
Dia sendiri macam tak percaya.
Gosok-gosok mata.
Akhirnya Siti

Ucap syabas pada diri.

Cakap kuat-kuat yang dia sudah berjaya.
Berjaya untuk melupakan insan yang pernah singgah di hatinya...

Siti akhirnya mampu untuk

memacakkan tiang bendera.
Sambil berdiri buat isyarat bagus.

Siti tak rasa cemburu atau marah.
Sedikit pun tak rasa sedih atau gelisah.


Lansung.
Sedikit pun tiada.
Bila melihat orang yang pernah dia suka tu kini dengan orang lain.
Siti siap boleh tadah tangan.
Tolong doakan kebahagiaan mereka.

Padahal dulu.
Siti bukan main cemburu macam hantu.

Siti bersyukur.
kerana Hati rasa lapang.

kemudian Jiwa rasa lega.
dan betapa Indahnya perasaan dalam hati.

Dia buka pula Tumblr.

Jumpa ayat macam ni.

The moment we understand that Allah's decision is always in our best interest.
Everything will start to make sense.

Eh, sukanya!
Macam tahu-tahu perasaan kita.

Selak pula diari Siti
Dia tulis.

Saya rasa seperti Allah telah menyelamatkan saya.Walaupun pada awalnya saya rasakan cara-Nya zalim.Ampunkan saya Ya Allah.Dulu saya tak tahu.Cara cakap macam orang tak beriman.Nak tunjuk sangat macam mana sedihnya kena tinggalkan.Hati tersiat-siat macam kertas basah yang dilumatkan.

Selalu tertanya-tanya.Apa salah saya?Apa kurangnya saya?Kenapa Allah ambil dia tanpa izin hati saya?
Ok, itu dulu.
Tutup rapat - rapat diari yang dah berhabuk tuh .
Dia mahu sambung cerita tentang sekarang.

Lenyap.
Perasaan bertahun tu lenyap.
Mungkin hasil doa dan solat hajat.
Atau mungkin berkat doa daripada teman-teman yang mengaminkan.

Bagi Siti,
Jangan berharap pada yang tiada.
Jadi perempuan biar tahu ertinya malu.
Jangan jadi murah kerana cinta.
Tak apa jual mahal.
Hanya yang betul-betul berminat mampu beli.
Insya Allah, laku, laku.

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu. Bila kamu telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki. Hidup ini indah jika bersama ALLAH.

Berkali-kali Siti istikharah.
Kalau benarlah lelaki itu bukan miliknya.
Dia minta Allah buang perasaan ni jauh-jauh.
cukuplah dia menyukai lelaki tu lagi.
Cukuplah dia bazirkan masa mencintai orang yang bukan miliknya yang kekal
Dia nak bersihkan hati yang sekian lama asyik sebok melayan cinta yang hanya fantasi
.
Kemudian, dia minta Allah.
Minta sungguh-sungguh.
Jadikan hati dia hati yang redha.

Alhamdulillah.
Hari berganti hari.
Bulan berganti tahun.
Siti dapat rasakan doanya sudah terjawab.

Seriously, she has no feeling for him anymore.

Perasaan 3 tahun luput sebegitu macam pisang goreng panas yang dikunyah.
Ditelan.
Kemudian habis.
Dan pinggan pun kosong.

Kalaupun tertinggal.
Perasaan kasihan sesama saudara seagama.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.




1 Comment(s)


Welcome to my world . Please navigate around happily. And follow me if you like to. Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3

Diary About Link Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Jasz
Here Am I