CUKUP ....SUDAH....dan JANGAN...
Jumaat, 9 September 20112:15 PG • 0 comments Perebutan dan pergaduhan adik beradik disebabkan oleh tanah pusaka sudah begitu sinonim dengan masyarakat Melayu. Di mana-mana dan bila-bila masa kita selalu sahaja mendengar berita dan cerita yang sama. Isunya ialah pergaduhan kerana harta dan perebutan tanah pusaka peninggalan orang-orang tua yang sudah pun meninggal dunia. Semuanya kerana harta. Talian persaudaraan menjadi buruk dan boleh terputus kerana perselisihan dan pertengkaran mengenai siapa yang lebih berhak terhadap harta dan tanah pusaka. Hakikatnya Islam telah datang menyelesaikan masalah mengenai warisan harta apabila Allah swt telah mengajarkan kepada rasululullah salallahualaihiwassalam berkait pengurusan pusaka kematian di dalam al-Quran. Allah Hu A'lam....Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan ini... 0 Comment(s)
|
|