
|
Sekapur Sirih Buat Jemaah Haji
![]() Isnin, 11 Oktober 201011:43 PTG • 0 comments ![]() Kau harus bersyukur sepenuh hati kerana kau kini bergelar tetamu Ilahi Aku tahu pengorbananmu untuk sampai ke situ besar sekali meninggalkan kampung halaman dan mereka yang kau cintai. Aku juga tahu perjalanan ini mungkin, seumur hidupmu hanya sekali. Oleh itu saudaraku jangan kau lepaskan kesempatan ini jayakanlah ibadahmu seluruh diri kerana tiada kemulian yang tertinggi ![]() dari bersujud di hadapan Tuhan Yang Abadi. Tataplah wajah tanah itu hitunglah batu-batu, hidulah debu-debu kerana bekas-bekas perjuangan nabimu masih basah di situ. Sungguh, kota Mekkah dan Madinah adalah kitab sirah yang terdedah hidup dan penuh faedah tuntunan berkiprah mantap tanpa goyah. Sapalah saudara-saudaramu walau mereka berlainan suku jalinlah tali persaudaranmu atas nama akidah yang satu. Campaklah dirimu ke dalam lautan manusia berjuta itu biar kuyup dan basah bersama tengelam hingga ke dasarnya kerana kau adalah mereka dalam sendu dan tawa. Bawalah gelombang manusia berjuta itu mengalir dari lautan rohani menyerbu dalam deru nusa yang satu ke lautan hidup duniawi. Pukullah pantai kawat berduri itu yang selama ini meliliti pergerakanmu untuk menjunjung perintah dan larangan tuhanmu biar butir-butir pasir pantai itu masin bersama garam gelombangmu. Adakah pantai kawat berduri yang tidak terobohkan oleh ombak menggunung tinggi api tsunami? Manakah kawat berduri yang tajam berkilauan maka terputus rantaian badai besi keyakinan suci? I wrote this special for my teacher ....who will be the Guest of Allah 0 Comment(s)
|
|