![]() Rabu, 2 Jun 20101:37 PG • 0 comments Wahai sekeping kertas Biarlah aku menulis Dengan sepenuh perasaan Tanpa ragu-ragu Biarlah aku menulis Tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini Biarlah aku menulis bersama duniaku Yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi Biarlah aku menulis dengan airmata Yang mengalir kerana sedih, gembiraKerana aku hanyalah manusia lemah Yang selalu melakukan dosa Kerana aku jugalah manusia lemah Yang selalu melupakan DIA Aku hidup hanya kerana Aku adalah khalifah di muka bumi ini Tetapi aku tahu Aku gagal menjadi khalifah itu Ketika di Luh Mahfuz duluAku pernah berjanji Aku akan beribadah hanya untuk-MU Tetapi aku gagal melaksanakannya Aku lalai dengan duniawi Yang penuh dengan drama dan tipu daya Aku leka dengan zaman ini Yang penuh dengan gelak ketawa Tetapi penuh dengan dusta Aku tertipu dengan semua ini Aku termakan dengan janji-janji BODOH Ampunkan aku YA RAHMAN...YA RAHIM...Ampunkan akuYang terlalu leka dengan duniawi Ampunkan aku yang selalu melupakan-MU Ampunkan akuYang sentiasa tertipu Dengan helah-helah mereka yang juga leka Ampunkan juga dosa-dosa kedua ibubapaku Mereka terlalu baik untukku Mereka terlalu sempurna untukku Maafkan aku Kerana tidak menghargai mereka Maafkan aku Kerana telah membuatkan mereka menitiskan air mata Kerana kejahatanku Ampunkan dosa-dosa umat ISLAM Ampunkan mereka YA ALLAH Kerana mereka tidak sedar Mereka masih ada ALLAH Yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka Ampunkan mereka YA ALLAH Ampunkan aku YA ALLAH Kerana telah mencintai seseorang lebih dari-MU Ampukan segala dosa-dosaku YA ALLAH 0 Comment(s)
|
|